Burung Tiong Batu adalah salah satu daripada haiwan yang
boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Eurystomus orientalis. Ia
merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William
Ciri-ciri
Burung Tiong Batu ialah haiwan yang tergolong dalam golongan
benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang
(vertebrata), kelas : burung. Burung Tiong Batu adalah haiwan berdarah panas,
mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Tiong
Batu tidak bergigi.
Burung Tiong Batu |
Burung Tiong Batu termasuk dalam keluarga
"roller", dan memiliki tompok biru bulat pada sayapnya. Ia sepanjang
sehingga 30 cm, dan terdapat di timur Asia dari utara Australia sehingga
kepulauan Jepun. Di Malaysia dan Singapura, terdapat dua kategori burung Tiong
Batu, iaitu tempatan dan burung berhijrah dari utara semasa musim sejuk. Semasa
musim sejuk, ia boleh dijumpai bersama burung Tiong Batu berhijrah yang banyak
(Wang & Hails 2007).
Burung Tiong Batu lebih biasa dilihat pada bulan November
hingga Januari, kemungkinannya tambahan burung berhijrah musim sejuk,
kebanyakannya merupakan burung muda.
Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan
oleh William Farquhar dalam koleksi gambar haiwan di Tanah Melayu.
Makanan
Burung ini merupakan pemakan serangga dan gemar kumbang dan
sering menangkap mangsanya semasa terbang. Burung muda memiliki paruh lebih
gelap yang bertukar merah-bata ketika matang.
Ia sering dilihat sebagai burung tunggal dengan bayangan
tersendiri pada cabang pokok tinggi di mana ia memburu serangga, dan kembali
bertenggek ketempat yang sama selepas beberapa saat.
Ia makan serangga besar seperti belalang, belalang juta,
mentadak, rama-rama, riang-riang, mengkarung, anai-anai, dan sejumlah besar
kumbang, termasuk kumbang busuk ("pentatomid stinkbugs").
Pembiakan
Burung Tiong Batu membiak dengan bertelur. Telur Burung
Tiong Batu bercengkerang keras. Burung Tiong Batu bersarang dalam lubang
semulajadi antara 10 hingga 15 meter tinggi dari aras tanah, sering kali
menggunakan lubang sarang belatuk lama. Ia turut bersarang dalam lopong di
puncak pokok palma/kelapa yang mati (Cheah 2006). Burung Tiong Batu mengamalkan
teknik menarik dan terbang bergaya, terbang menegak keudara sebelum menjunam
tajam ke bawah, berteriak dengan kuat dan berayun ke kiri dan kanan ketika ia
terbang berkeliling dan menjunam selama beberapa minit setiap kali (Ali &
Ripley 1970).
Pasangan Tiong Batu cenderung amat agresif semasa musim
membiak dan sedia bertempur dengan spesies lain bagi mendapatkan penguasaan
lubang sarang berpotensi (Amar-Singh 2009). Kedua jantina giat mempertahankan
jajahan mereka, terbang berkeliling jauh dari tapak sarang, sedia untuk
menghalau spesies lain (Chan 2006), termasuk burung lebih besar yang
menghampiri tapak sarang mereka.
Sarang Tiong Batu biasanya tidak berlapik, di mana ia
bertelur dua hingga tiga telor berkilat dan agak bulat, bersaiz 34 x 29 mm
(Smythies 1968). Kedua keluarga membantu mengeramkan telor, selama antara 18
hingga 23 hari, dan berkongsi tugas keluarga bagi menjaga anak-anaknya, memberi
makan serangga, yang termasuk kumbang perisai ("Cantau ocellatus")
(Wong 2008). Anak burung Tiong Batu kekal dalam sarang selama tiga hingga empat
minggu tetapi bergantung pada ibi bapanya selama beberapa minggu selepas
belajar terbang.
Musim mengawan di Singapura direkodkan antara bulan April
dan awal bulan Mei. Di negeri Perak, satu sarang dijumpai pada bulan February,
dalam lubang tiga puluh kaki pada lubang di puncak pokok Nibong yang mati, dan
pada 1 April terdapat dua anak burung dalam lubang pada pokok Perepat
("Sonneratia alba") (Robinson & Chasen 1939).
Habitat
Burung Tiong Batu pada asasnya merupakan burung pinggir
hutan, kawasan hutan terbuka, atau kawasan terbuka, di mana ia dapat mencapai
tempat tinggi untuk memburu serangga. Ia tersebar luas di kawasan tanah rendah,
terdapat kebanyakannya di kawasan hutan terbuka, hutan paya, ladang dan kebun,
sehingga 1,200 m pada sebahagian julat jajahannya. Ia sering dapat dilihat
dengan jelas bertenggek jauh tinggi terdedah pada dahan botak pokok tinggi atau
tunggul kayu mati, dari mana ia akan melayang dan menjunam mengejar serangga,
biasanya kembali ke dahan yang sama selepas memburu. Sungguhpun ia kadang-kala
mendarat ke tanah bagi menangkap cicak atau serangga besar, burung Tiong Batu
menghabiskan kebanyak masa mereka di udara, menangkap kebanyakan mangsa mereka
sambil terbang. Ia terbang dengan mudah dan gemalai, dengan beberapa kibaran
sayap dan meluncur jauh, berpaling dan berpusing sambil memburu mangsanya.
Sungguhpun jarang terdapat di kawasan bandar, ia biasanya
bertenggek pada tiang telefon atau tiang eletrik sepanjang jalan terbuka,
biasanya bersendirian, sering kali dengan individu yang lain berselang
sepanjang jalan pada jarak agak sekata. Ia tidak cuba mencari tempat berteduh
semasa tengahari, kekal lembab sambil bertenggek, sekali-sekala terbang memburu
mangsa yang dilihatnya. Ia lebih aktif pada awal pagi, dan lebih aktif pada
lewat petang, di mana ia boleh dilihat terbang melampaui pucuk pokok atau
kawasan hutan terbuka, memburu serangga, dan aktiviti ini berterusan sehingga
mahgrib, malah kadang-kala turut terbang bersama pungguk "nightjars".
Sebanyak tiga puluh sehingga empat puluh burung Tiong Batu pernah dilihat
berkelompok sekeliling kawanan anai-anai dan, di Sarawak, bagi memburu serangga
yang lari dari amalan pertanian tebas dan bakar. Ia sering dijauhi oleh burung
lebih kecil, kemungkinannya kerana gaya terbangnya yang pantas dan sayapnya
yang lebih panjang menyerupai burung pemangsa.
0 komentar:
Posting Komentar